Rabu, 13 Mac 2013

Pelbagai jenis kuih TALAM



Kali ini saya nak perkenalkan kepada anda semua dengan produk kuih baru saya. Iaitu kuih talam. Pelbagai jenis talam boleh di tempah seperti Talam Seri Muka, Talam Keladi, Talam Jagung, Talam Kacang Merah. Untuk satu loyang bersaiz 10" x 10" saya jual dengan harga RM25 shj.
 
Jika dipotong untuk hidangan saiz loyang tersebut boleh membuat sebanyak 80 keping talam bersaiz standard tau. Jadi jangan malu-malu. Hubungi saya sekarang untuk tempahan.

Sabtu, 28 Mei 2011

Ayam Organik Dr Zainol...

Ayam Az-Zain bukanlah asing kepada mereka yang mengambil berat tentang pemakanan yang baik dan sihat.

Sekarang saya juga adalah salah seorang pengedar Ayam Organik Az-Zain (Dr Zainol Mohamad Haja). Bukan sahaja ayam ini Halal & Toyyiba tetapi ianya juga memudahkan anda. Tidak perlu lagi dibasuh atau di siang lagi. Terus masuk ke kuali atau periuk anda. Ianya telah dibersihkan dan siap dipotong-potong.

Maklumat lanjut sila baca dan teliti risalah yang dikeluarkan oleh pihak Az-Zain di bawah atau terus sahaja ke http://www.az-zain.com/. Ayam dijual dengan harga RM18.50 seekor (telah siap dibungkus dan disejuk beku).




Ahad, 12 Disember 2010

Ramai yang teringin...

Memang ramai yang teringin ketupat palas ni. Lebih-lebih lagi bila musim perayaan masih jauh. Untuk pengetahuan pelanggan-pelanggan saya, kami juga bersedia mengambil tempahan untuk ketupat palas ini....yang frozen pun boleh.

Tapi...ada tapinya. Bergantung kepada Pakcik pembekal barangan kampung daripada Kedah kat pasar tu. Kalau dia ada bekalan daun palas ni, bolehlah saya teruskan mengambil pesanan anda. Tapi kalau dia tak dapat nak cari daun palas ni, kira minta maaflah ye.

Apapun jangan malu-malu, hubungi saya untuk ini.

Jumaat, 3 September 2010

Pulut Udang segera...

Pulut Udang segera adalah produk terkini saya. Cukup menyelerakan dan mudah untuk dihidangkan. Anda hanya perlu membakar di atas kuali leper atau masukkan sahaja ke dalam oven.

Satu pack mengandungi 5 Pulut Udang yang saya jual dengan harga RM2.00 Shj. Selamat mencuba.

Rabu, 11 Ogos 2010

Samosa


Alhamdulillah, kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi produk saya iaitu SAMOSA. Anda patut mencubanya. Untuk permulaan ini saya mulakan dengan inti ikan sardin+ kentang+kelapa goreng.

Memang menyelerakan. Saya jualnya dengan harga RM4.00 untuk 10 biji samosa.

Selamat mencuba.

Isnin, 9 Ogos 2010

Donat gula yang menyelerakan...


Sekarang anda tidak perlu risau kalau nak hidangkan donat untuk keluarga. Bila-bila masa pun boleh dengan anda menyimpan stok donat frozen ini. Memang mudah untuk di sediakan.

Donat ini di bungkus dengan harga RM3.50 untuk 10 biji. Apalagi jangan tunggu lagi, orderlah sekarang juga!

Kacang bilis pedas...


Kacang bilis pedas tetap menjadi pilihan ramai kerana keenakannya. Saya sediakan kacang ikan bilis pedas ini dengan 2 jenis pack. Iaitu 150g (RM2.00) dan 300g (RM4.00).

Harap anda semua sudi mencubanya.

Karipap yang terus menjadi pilihan utama...


Alhamdulillah, karipap yang saya buat terus menjadi pilihan utama kepada pelanggan saya. Saya menerima tempahan yang di kira cukup banyak jika dibandingkan dengan kudrat yang saya ada. Bagaimanapun saya sangat bersyukur dan gembira dapat menyediakannya untuk keperluan pelanggan saya.

Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan daripada apa yang kita lakukan.

Karipap saya dengan harga RM3.50 untuk satu pack (berisi 10 biji karipap).

Ahad, 23 Mei 2010

Kuih KOCI 'frozen' yang enak pasti memudahkan anda sekeluarga...

Ini adalah produk terbaru saya, kuih KOCI. Seperti produk saya yang lain ianya cukup mudah di sediakan. Anda hanya perlu kukus sekitar 15 ke 20 minit dan terus boleh dihidangkan.

Kuih KOCI ini saya jual dengan harga RM3.50 untuk 10 biji. Seperti juga karipap semuanya telah siap di pack dengan baik dan memudahkan untuk pembelian anda semua.

Dapatkan sekarang juga.

Isnin, 3 Mei 2010

CUCUR BADAK yang lazat....

Satu lagi produk yang patut anda mencubanya. Cucur Badak frozen ini saya jual dengan harga RM3.50 untuk sepuluh biji. Yang pastinya kalau anda mencuba Cucur Badak ini anda pasti sukakannya. Selamat mencuba.

Ahad, 4 April 2010

MEE KUNING buatan sendiri...

Alhamdulillah. Kali ini saya ingin perkenalkan produk saya lagi iaitu Mee Kuning resepi turun temurun keluarga saya. Dulu arwah ayah saya memang pengeluar Mee Kuning di kampung. Tapi selepas beliau meninggal dunia tak ada sesiapa yang nak teruskan usahanya ini.

Jadi disebabkan saya dulu turut membantu beliau menyediakan mee kuning ini maka saya fikir untuk teruskan usaha ini. Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mencuba mee kuning resepi saya ni boleh lah hubungi saya.

Sebungkus mee kuning ni sama harga seperti di pasaran iaitu RM1.50. Kalau order lebih tu boleh dirunding lagi.

Khamis, 11 Februari 2010

Selamat datang ke UMIStore

Assalamualaikum wbt.
UMI ucapkan selamat singgah ke sini kepada semua. Tujuan UMI di sini ialah untuk menyebarluaskan beberapa produk yang UMI buat sendiri atau apa-apalah yang boleh dimanafaatkan kepada pengguna dan rakan-rakan diluar sana.

Jadi jangan malu-malu untuk buat pesanan.