Isnin, 18 Ogos 2014

Kuih Siput


Sekarang anda tidak perlu menunggu musim perayaan untuk menikmati keenakan kuih  tradisional seperti kuih siput ni. Anda boleh membuat tempahan sepanjang  tahun.

Kuih siput saya jual RM17 sebalang.

Serunding Ayam & Ikan



Serunding Ayam dan Serunding Ikan tetap menjadi pilihan ramai.  Serunding Ayam & Ikan ini saya jual dengan harga RM15 untuk 300g.  Selamat Mencuba.




Ahad, 29 Disember 2013

Menu Mee Goreng, Laksa & Mee Hoon Goreng


Kali ini saya ingin memberitahu rakan-rakan semua bahawa saya juga telah mula menerima tempahan untuk jamuan atau kenduri.  Menu seperti mee goreng,  mee hoon goreng, laksa dan lain-lain.
Jadi sesiapa yang ingin membuat tempahan boleh berunding terus dengan saya.  Jangan malu-malu.

Ahad, 26 Mei 2013

Popia Simpul & Popia Nestum



Yagn ini bukan kuih muih frozen, tapi kuih yang saya buat sendiri juga. Popia Simpul & Popia Nestum Istimewa ini sudah sedia untuk tempahan sepanjang tahun. Saya jual dengan harga RM 16.00 untuk satu balang. Selamat mencuba!

Sedia untuk jualan



Pelbagai pilihan sedia untuk dijual. Sepaket saya jual dengan harga RM 4.00 sahaja. Tapi, kepada pengedar ada harga istimewa untuk mereka.

Ayam Organik Az-Zain



Kepada sesiapa yang mementingkan makanan sihat, halal dan toyyiba. Seekor saya jual dengan harga RM 18.50 sahaja.

Rabu, 13 Mac 2013

Pelbagai jenis kuih TALAM



Kali ini saya nak perkenalkan kepada anda semua dengan produk kuih baru saya. Iaitu kuih talam. Pelbagai jenis talam boleh di tempah seperti Talam Seri Muka, Talam Keladi, Talam Jagung, Talam Kacang Merah. Untuk satu loyang bersaiz 10" x 10" saya jual dengan harga RM25 shj.
 
Jika dipotong untuk hidangan saiz loyang tersebut boleh membuat sebanyak 80 keping talam bersaiz standard tau. Jadi jangan malu-malu. Hubungi saya sekarang untuk tempahan.

Sabtu, 28 Mei 2011

Ayam Organik Dr Zainol...

Ayam Az-Zain bukanlah asing kepada mereka yang mengambil berat tentang pemakanan yang baik dan sihat.

Sekarang saya juga adalah salah seorang pengedar Ayam Organik Az-Zain (Dr Zainol Mohamad Haja). Bukan sahaja ayam ini Halal & Toyyiba tetapi ianya juga memudahkan anda. Tidak perlu lagi dibasuh atau di siang lagi. Terus masuk ke kuali atau periuk anda. Ianya telah dibersihkan dan siap dipotong-potong.

Maklumat lanjut sila baca dan teliti risalah yang dikeluarkan oleh pihak Az-Zain di bawah atau terus sahaja ke http://www.az-zain.com/. Ayam dijual dengan harga RM18.50 seekor (telah siap dibungkus dan disejuk beku).




Ahad, 12 Disember 2010

Ramai yang teringin...

Memang ramai yang teringin ketupat palas ni. Lebih-lebih lagi bila musim perayaan masih jauh. Untuk pengetahuan pelanggan-pelanggan saya, kami juga bersedia mengambil tempahan untuk ketupat palas ini....yang frozen pun boleh.

Sebiji RM0.80.

Tapi...ada tapinya. Bergantung kepada Pakcik pembekal barangan kampung daripada Kedah kat pasar tu. Kalau dia ada bekalan daun palas ni, bolehlah saya teruskan mengambil pesanan anda. Tapi kalau dia tak dapat nak cari daun palas ni, kira minta maaflah ye.

Apapun jangan malu-malu, hubungi saya untuk ini.

Jumaat, 3 September 2010

Pulut Panggang segera...

Pulut Panggang segera adalah produk terkini saya. Cukup menyelerakan dan mudah untuk dihidangkan. Anda hanya perlu membakar di atas kuali leper atau masukkan sahaja ke dalam oven.

Satu pack mengandungi 7 Pulut Panggang yang saya jual dengan harga RM4.00 Shj. Selamat mencuba.

Rabu, 11 Ogos 2010

Samosa


Alhamdulillah, kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi produk saya iaitu SAMOSA. Anda patut mencubanya. Ya... inti ayam atau daging.

Memang menyelerakan. Saya jualnya dengan harga RM4,00 untuk 10 biji samosa.

Selamat mencuba.

Isnin, 9 Ogos 2010

Donat gula yang menyelerakan...


Sekarang anda tidak perlu risau kalau nak hidangkan donat untuk keluarga. Bila-bila masa pun boleh dengan anda menyimpan stok donat frozen ini. Memang mudah untuk di sediakan.

Donat ini di bungkus dengan harga RM4.00 untuk 10 biji. Apalagi jangan tunggu lagi, orderlah sekarang juga!

Kacang bilis pedas...


Kacang bilis pedas tetap menjadi pilihan ramai kerana keenakannya. Saya sediakan kacang ikan bilis pedas ini dengan 2 jenis pack. Iaitu 150g (RM3.00) dan 300g (RM6.00).

Harap anda semua sudi mencubanya.

Karipap yang terus menjadi pilihan utama...


Alhamdulillah, karipap yang saya buat terus menjadi pilihan utama kepada pelanggan saya. Saya menerima tempahan yang di kira cukup banyak jika dibandingkan dengan kudrat yang saya ada. Bagaimanapun saya sangat bersyukur dan gembira dapat menyediakannya untuk keperluan pelanggan saya.

Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan daripada apa yang kita lakukan.

Karipap saya dengan harga RM4.00 untuk satu pack (berisi 10 biji karipap).

Ahad, 23 Mei 2010

Kuih KOCI 'frozen' yang enak pasti memudahkan anda sekeluarga...

Ini adalah produk terbaru saya, kuih KOCI. Seperti produk saya yang lain ianya cukup mudah di sediakan. Anda hanya perlu kukus sekitar 15 ke 20 minit dan terus boleh dihidangkan.

Kuih KOCI ini saya jual dengan harga RM4.00 untuk 10 biji. Seperti juga karipap semuanya telah siap di pack dengan baik dan memudahkan untuk pembelian anda semua.

Dapatkan sekarang juga.

Isnin, 3 Mei 2010

CUCUR BADAK yang lazat....

Satu lagi produk yang patut anda mencubanya. Cucur Badak frozen ini saya jual dengan harga RM4.00 untuk sepuluh biji. Yang pastinya kalau anda mencuba Cucur Badak ini anda pasti sukakannya. Selamat mencuba.

Khamis, 11 Februari 2010

Selamat datang ke UMIStore

Assalamualaikum wbt.
UMI ucapkan selamat singgah ke sini kepada semua. Tujuan UMI di sini ialah untuk menyebarluaskan beberapa produk yang UMI buat sendiri atau apa-apalah yang boleh dimanafaatkan kepada pengguna dan rakan-rakan diluar sana.

Jadi jangan malu-malu untuk buat pesanan.